DIALOG PRESTASI LINUS2.0 SARINGAN 2 TAHUN 1, 2 DAN 3 2014

Guru Besar Daerah Perak Tengah,
Seperti lampiran A

Tuan / Puan                                                                                                                                                                  

DIALOG PRESTASI LINUS2.0 SARINGAN  2 TAHUN 1, 2 DAN 3  2014 ( LINUS-NKRA ) PEJABAT PENDIDIKAN  DAERAH PERAK TENGAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas  dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan, PPD Perak Tengah akan mengadakan  Dialog Prestasi LINUS2.0 Saringan 2 bagi tahun 1, 2 dan 3 Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh               : 10 Disember 2014 ( Rabu )
                        Masa                 : 8.30 pagi – 1.00 tengahari
                        Tempat            : Dewan Al – Biruni PPD Perak Tengah
                 
3.         Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta hadir tanpa wakil ke program tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas ( lampiran A ). Kehadiran adalah wajib.

4.         Pihak tuan / puan juga diminta untuk untuk menyediakan laporan post- mortem saringan 1 bagi tahun 1, 2 dan 3 mengikut sekolah masing- masing berdasarkan maklumat seperti lampiran ( B ).

5.         Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, tuan / puan bolehlah menghubungi FasiLINUS Literasi Cik Salina bt. Ahamad @ Ahmad Zakaria ( 019-5431871 )  dan Pn. Nik Hasni bt. Mamat ( 011- 24047621 ).   

Sekian. terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Sila Klik Lampiran A & B untuk muat turun..


0 comments :

UPDATED: KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PEMULIHAN BAHASA INGGERIS BAGI GURU BAHASA INGGERIS TAHAP 1 SIRI 2/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,...

Dimaklumkan PPD Perak tengah akan mengadakan Kursus Pemantapan Pedagogi Pemulihan Bahasa Inggeris Tahap 1 siri 2/ 2014 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24.11.2014 - 27.11.2014
Masa: 8.30 Pagi - 5.00 Petang
Tempat: PPD - Dewan Al-Biruni

Sebarang pertanyaan berkaitan program ini tuan/puan bolehlah menghubungi Pegawai Fasilinus Bahasa Inggeris Pn. Hajjah Shalina (012-4847211) dan Pn. Nurul Fitri (017-5172945)

Sekian, Terima Kasih


0 comments :