INSTRUMEN SARINGAN 1 MEMBACA / LISAN LINUS2.0 LBM, LBI, LBI KHAS, NUMERASI DAN PANDUAN PELAKSANAAN SARINGAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dipanjangkan Instrumen Saringan 1 Membaca / Lisan LINUS2.0 untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan.

Tuan/Puan diminta mematuhi fasa pelaksanaan saringan dan mematuhi tatacara pentadbiran saringan seperti yang telah ditetapkan di dalam manual pentadbiran yang disertakan.

Sekian, terima kasih.

Untuk download, sila klik --> INSTRUMEN

0 comments :

BENGKEL PENTADBIRAN SARINGAN 1 LISAN LINUS2.0 BAGI LITERASI BAHASA MELAYU, LITERASI BAHASA INGGERIS DAN NUMERASI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan PPD Perak Tengah akan mengadakan Bengkel Pentadbiran Saringan 1 Lisan bagi tahun 2017 seperti ketetapan berikut :

     Tarikh     :     28 Februari 2017 (Selasa)
     Masa      :    3.00 petang
     Tempat   :     PKG Bota 

Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta menghantar Setiausaha LINUS2.0 ke bengkel tersebut pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti di atas.

Pihak tuan/puan juga dikehendaki mematuhi fasa pelaksanaan saringan dan pengumpulan data (sila rujuk lampiran).

Instrumen Saringan Lisan LINUS2.0 akan dihantar melalui e-mail rasmi sekolah tuan/puan bermula 27 Februari 2017.

Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, tuan/puan boleh menghubungi Pegawai FasiLINUS PPD Perak Tengah.

Bersama-sama ini dilampirkan surat arahan program tersebut untuk kegunaan dan perhatian pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.


download SURAT

0 comments :

MESYUARAT J/K LINUS2.0 ( LINUS-NKRA ) DAERAH PERAK TENGAH BIL. 01/2017




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan PPD Perak Tengah akan mengadakan Mesyuarat J/K LINUS2.0 ( LINUS-NKRA ) Daerah Perak Tengah Bil. 01/2017 seperti ketetapan berikut :

     Tarikh     :   8 Februari 2017 ( Rabu )
     Masa     :   8.30 pagi
     Tempat   :   Bilik Al-Faruqi PPD Perak Tengah

Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta hadir ke mesyuarat tersebut pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti di atas.

Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, tuan/puan boleh hubungi Ketua FasiLINUS Daerah, Cik Salina Bt. Ahamad@Ahmad Zakaria ( 019-5431871 ).

Bersama-sama ini disertakan surat panggilan mesyuarat tersebut untuk kegunaan dan perhatian pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

0 comments :